Nuffnang

Dua Tentera Terkorban Dinaikkan Pangkat Dan Insentif Lain



"Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanda rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," - Zahid Hamidi

Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.





Beliau berkata imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.

Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah 12 Feb lepas.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam manakala Ahmad Farhan Ruslan yang berasal dari Pasir Tumbuh, Kota Baharu, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu pada pukul 7.30 pagi semalam.





Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ibu bapa kedua-dua anggota yang terkorban itu akan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,500 dan perincian mengenainya akan diumum kemudian.

Beliau berkata mereka juga akan menerima faedah lain secara kumulatif hampir RM170,000 termasuk insurans berkelompok daripada koperasi dan Tabung Angkatan Tentera.

Jenazah kedua-dua anggota tentera itu tiba di Pangkalan Udara TUDM pada pukul 8 pagi dan diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kota Baharu pada pukul 8.45 pagi untuk dikebumi di kampung halaman masing-masing.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top