Nuffnang

NGERI : Pengalaman Ketua Kampung Memindahkan Mayat Pengganas Sulu




PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.
Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.


mayat_3



Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.


"Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.


"Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.


” Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya




Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.
mayat_1

Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.



”Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
”  Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. – Mynewshub.my
Share this article

11 Komen:

  1. sepatutnya ketua kampung kena mengetahui dan ambil maklum pendatang2 baru, dan orang kampung kena bekerjasama memberitahu ketua kampung tentang kedatangan orang baru dalam kampung tersebut. sya rasa kerjasama di kampung tersebut tidak lah terlalu erat dan sya rasa mereka jarang mengeratkan hubungan silaturahim. tapi tidak heran lah kalau kampung itu memang tiada rukun tetangga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..kalau ketua kampung yg betul betul ambil berat pasti dia kenal setiap org baru yang masuk kampungnya dan kekal lama

      Padam
    2. igat xnk komen tapi cz td baru dgr cita la kan...perkampungan atas air ni kalo nak tahu...orang yang nak masuk kg tu jejak sebelah kaki je ke jambatan masuk kampung dan sebelah kaki lagi kat tanah orang dalam kg tu dah tau dah sapa yang masuk.....so pada aku dalam hal ni x timbul xda rukun tetangga... kalo xtau hal sebenar jgn main sebur jer k..lebih baik diam

      Padam
  2. Kampung ygbberada d atas permukaan air harus diroboh sebab banyak tak elok berbanding yang elok.. pendatang asing mudah masuk dan mudah membina rumah jika d atas membuat penempatan nelayan di atas darat lebih teratur dan bersih.. selaku ketua kampung harus memberi maklumat jika terdapat pendatang asing ke kampung mereka bukan menganggap perkara itu sudah biasa dan tak perlu di hirau kan apa tugas seorang ketua kampung cukup masa terima elaun dan tak menjaga keselamatan kampung...jadi fikir apa yg bakal terjadi jika kurang prihatin...tak mustahil penceroboh akan datang semula jika sikap ahhh biasalah pendatang asing dah biasa masuk...kurang bijak jika tidak mengambil tahu dan asyik membiarkan sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. roboh ja...rumah atas air tu....bila perkara sudah berlaku baru nak ambil tau itu ini.ketua kampung harus dipecat tiada tanggungjawab..rumah atas air harus dirobohkan .........harusssss.......

      Padam
  3. patut ketua kampung kenal semua penduduk kampungnya...jika ada kehadiran org asing yg baru sampai, terus lapurkan kpd pihak polis utk diambilkan tindakn...past is past, akan dtg kita kena lbh smart.

    BalasPadam
  4. jangan kita menuduh sembarangan . kita rasa kampung mereka tidak aman tetapi di situ tempat mereka mencari makanan. biarlah kita sama2 fikir jalan penyelesaian untuk memajukan kampung itu dan peringatan kepada penjajah dan rakyat malaysia " Kami tetap mempertahankan kampung kami walau kami di ceroboh " kami sayang kampung kami. fikirkan

    BalasPadam
  5. yg tinggal di kg atas air mcm kg simunul ni bukan semua pdtg asing .rmai jgak yg btul2 warganegara . tp mslh ekonomi dorg buat dorg tpaksa tinggal dkt situ . x semua org ada tnh nk bgunkn rmh , x smua org ada duit nk beli rmh , itu hak dorang . jgn lh judge dorg mcm tu .

    BalasPadam
  6. itu rokok bukan rokok seludupkah? LA.

    BalasPadam
  7. ape2 pun...snjata org islam hnya doa..kita doa kan jak...x de mnusia yg mhu kmping nya di ceroboh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nak nidak sik semesti orang islam bersenjata doa jak..pok.......sik dapat mecam yo......tuk zaman canggeh.kitamesti carik untuk mtahan negara doa cuma iringan perjuangan bukan senjata pok.....yg belawan sama bangsa lah......pikir untuk menghentikan perperangan.........

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top