Nuffnang

PENJELASAN!!! ISU BAYARAN WANG TAHUNAN KEPADA KESULTANAN SULU




KUALA LUMPUR: Malaysia perlu meneruskan bayaran tahunan sebanyak RM5,300 seperti yang diputuskan dalam keputusan mahkamah pada tahun 1938, kerana sebarang pelanggaran perintah mahkamah boleh dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad berkata.


Menurut Abdul Kadir, wang penyerahan kepada waris Kesultanan Sulu itu dibuat bukan untuk menghalang Fipilina daripada mengambil Sabah, tetapi ia adalah untuk memenuhi tuntutan perintah Mahkamah TInggi Borneo Utara pada tahun 1938.


"Keputusan penghakiman pada tahun 1938 jelas membuktikan bahawa wang tersebut tiada kaitan dengan kedaulatan Sabah," ulas Abdul Kadir di ruangan akhbar The Star.


Abdul Kadir merupakan wakil Malaysia dalam kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) antara Malaysia dan Indonesia, di mana kerajaan Filipina cuba untuk campur tangan pada 2001 namun ditolak oleh mahkamah.


Beliau menegaskan, Malaysia perlu menghormati keputusan mahkamah kerana sebarang pelanggaran kepada perintah mahkamah akan menyebabkan ia dipertikaikan oleh pihak tertentu, dan "kerajaan Malaysia tidak harus membenarkan ianya berlaku".


"Ramai pihak menunggu peluang tersebut. Keputusan mahkamah perlu dipatuhi kecuali pertikaian itu diselesaikan di luar mahkamah.


"Sembilan waris yang menerima penghakiman mahkamah pada tahun 1938 semuanya telah pun meninggal dunia. Kita tidak tahu berapa ramai lagi yang akan mendakwa pewaris generasi kedua atau ketiga. Ia akan lebih menambah masalah untuk mencari waris yang tulen bagi menyelesaikan isu wang penyerahan tersebut." katanya lagi.


Beliau menambah sebarang cubaan oleh mana-mana individu untuk menuntut wilayah orang lain sebagai negara kepunyaan mereka harus dilihat sebagai jenaka gelap semata-mata.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top