Nuffnang

SEMPORNA - PASUKAN KESELAMATAN CADANG BERSIHKAN PENEMPATAN HARAM, PERANGI ANASIR NEGATIF

Pasukan keselamatan mencadangkan penempatan haram di beberapa kampung di daerah ini dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan dan aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah. 


Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata antara perkampungan air yang dicadangkan ialah Kampung Simunul, Kampung Halo, Kampung Panji dan Kampung Bangau-Bangau. 


"Ini merupakan cadangan kita yang akan dimasukkan dalam laporan Kawasan Keselamatan Pemerintahan Timur Sabah (Esscom)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 


Langkah jangka panjang ini bermatlamat menjadikan daerah Semporna sebagai hab pelancongan di Sabah, seterusnya menangkis segala anasir keganasan dan unsur jenayah sehingga ke peringkat akar umbi, katanya. 



ANTARA operasi yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan Negeri Sabah.






Beliau berkata pasukan keselamatan turut mencadangkan penempatan baharu diwujudkan buat penduduk tempatan.


Mohd Firdaus berkata pihak keselamatan juga akan mencadangkan kepada jawatankuasa Esscom agar mengharamkan penggunaan bot pam yang menggunakan enjin kuasa tinggi dan boleh dinaiki maksimum dua orang, kepada penduduk tempatan. 


"Ini bagi memudahkan pihak keselamatan membuat pemantauan terhadap aktiviti penduduk, jika mereka menggunakan bot pam ia menyukarkan pihak keselamatan, kerana bot itu sangat laju," katanya. 


Beliau berkata cadangan itu selaras dengan usaha pihak keselamatan untuk membanteras anasir negatif di beberapa perkampungan itu seperti penyeludupan dan mengawal kehadiran pendatang asing. 


Beliau berkata selepas insiden berdarah yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan di Kampung Simunul 2 Mac lepas, polis melalui unit Cawangan Khas mendapati terdapat unsur pengganas di beberapa penempatan haram di perkampungan itu. - BERNAMA
Share this article

1 Komen:

  1. Sepatut nya semua kita buka mata.Orang awam dan pekak yang berkuasa seharus nya faham atau pun sedia maklum.Setiap perancangan bandar atau kanpong punya garis panduan.sama ada orang yang mendatang mahu pun mengujud kan perkampongan baru.Semua ini perlu ada kelulusan yang punya garis panduan.Contoh setiap orang yang masuk kampong(hendak tinggal )perlu ada penjamin.Ketua kampong perlu memantau perkembangan nya.setiap tanah persendirian jika nak buat tapak rumah sewaperlu ada pelan yang ter atur ,supaya pehak jabatan dari pada ,ayer, eletrik jalan raya,kesehatan dan kesalamatan tiada masa alah untuk mengatasi sebarang kesulitan.Tetapi semuak pehak buat de ja.Macam mana pendatang haram bolih masuk dengan senang.Kita memang sedia maklum pantai dan sempadan per ayeran kita luas dan muka bumi yang agak sukar untuk dikawal. Tetapi hal ini bukan perkara baru,kita sudah merdeka berpuluh tahun ,mengapa tiada peningkatan untuk kemas kini kan keadaan.Kalau sampadan luas macamana pun hujung nya tentu ke pintu kecil juga. Kalau pintu besar tak dapat di kawal dengan sepenuh nya,kawal lah pintu kecil.Ini sebenar nya kita terlalu longardan ter lalu banyak tulak ansur,Hingga kita boleh hancur.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top