Nuffnang

TERKINI!!! Anggota Kedua Kita Terkorban!!!! INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UN





Seorang anggota tentera meninggal dunia apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lahad Datu hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kejadian berlaku apabila lori tentera yang dipandu oleh mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika dalam perjalanan dari Lahad Datu ke bandar Cenderawasih.

“Anggota tentera tersebut mengalami cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu,” kata Hamza.

Dalam perkembangan yang lain, Hamza mengesahkan dua pengganas ditembak mati dalam pertempuran pagi tadi yang turut mengorbankan seorang anggota tentera.

“Dalam pertempuran itu, kita percaya tiga pengganas telah ditembak namun, hanya dua mayat yang ditemui ditempat kejadian manakala seorang lagi dipercayai mengalami kecederaan dan berjaya melarikan diri dari kawasan tersebut,” kata Hamza.

Anggota tentera berumur 24 tahun itu maut setelah mengalami cedera parah akibat ditembak pengganas di pipi.

Dalam operasi ‘mopping-out’ dan penggeledahan di Sungai Nyamuk di Tanjung Batu itu, pasukan keselamatan bertempur sebanyak dua kali antara jam 9 pagi dan 1.50 petang.

“Usaha untuk membawa keluar mayat-mayat pengganas terpaksa dihentikan seketika apabila pertempuran itu berlaku dan sehingga kini hanya 24 dari 56 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi,” beliau berkata.
















Share this article

3 Komen:

  1. Innalillahiwainnailahirojiun.. moga roh arwah ditempatkan dikalangan para syuhada. Mohon para ulamak dan rakyat terus berdoa supaya anggota keselamatan kita dilindungi Allah Taala dan negara kita bebas dari ancaman jahat ini. please doa terus...jgn kerana perkara ini dah berlanjutan kita berhenti dari berdoa dan memohon pertolongan Allah..... terima kasih tuan2

    BalasPadam
  2. a;-fatihah..semoga roh dicucuri rahmat dan berbahagia bersama orang orang beriman..

    BalasPadam
  3. ini yang mereka balas setelah diberi pekerja kepada rakyatnya selama ini. Halau mereka semua, lepas ni kalau dorang serang lagi tiada sudah tali barut yang membantu mereka!!

    hangat:Benar Ke Sultan Kiram Mempunyai Rumah Di Sabah

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top