Nuffnang

HOT!!!! Rafizi Merah Muka Di Sarawak!!



Selepas Sabah, Sarawak mengambil tindakan yang sama terhadap Rafizi si Mat Jambu ni. 

Walaupun sebelum ini para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR cuba menimbulkan kekeliruan kononnya Sarawak dan Sabah tidak lagi menikmati autonominya di dalam Malaysia, hakikat yang berlaku ialah, mereka sebenarnya yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa autonomi itulah yang akhirnya menghalang mereka daripada memasuki Sabah atau Sarawak.

Kelmarin (21 April), Rafizi Ramli dihalau keluar dari Sarawak. Dia hanya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, tetapi tidak dapat keluar dari lapangan terbang itu apabila Imigresen Sarawak menjadi penghalangnya buat kali kedua.

Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak dengan tegas mencabar para pemimpin Pakatan itu agar mengambil tindakan saman terhadapnya dan Kerajaan Negeri Sarawak jikalau mereka tidak berpuas hati.

Ternyata kesemua pemimpin Pakatan Rakyat yang tahu undang-undang autonomi Sarawak, enggan berbuat begitu. Sebaliknya Rafizi Ramli yang tidaklah secerdik dan sepandai mana, melenting sakan dan memutuskan untuk mengambil tindakan saman ke atas Imigresen Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Sama-samalah kita perhatikan, apakah kesudahan kebodohan Rafizi Ramli ini.

Mengapa Rafizi tak boleh masuk sarawak?? 

Jawapan :

Perjanjian Malaysia 1963. Kerajaan negeri diberi hak mengurus hal ehwal imigresen sendiri dan seterusnya boleh menghalang mana-mana pihak yang dianggap boleh memecah belah perpaduan dan seterusnya membawa ketidakstabilan dari masuk ke negeri itu.




Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top