Nuffnang

KOTOR DAN BERKULAT!!! 4 Kopitiam Diarah DITUTUP!!

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan empat kopitiam di negeri ini ditutup mulai semalam kerana membiarkan lantai dan dinding premis mereka kotor dan berkulat.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata tiga daripada premis itu terletak di Bukit Mertajam dan sebuah lagi di Butterworth.

Gambar Hiasan

"Operasi semalam bertumpu kepada kopitiam, restoran dan gerai yang menyediakan sarapan pagi. Kami dapati peniaga lebih menumpukan kebersihan proses penyediaan makanan manakala aspek kebersihan kawasan premis diabaikan.

"Penggunaan papan pemotong kayu masih menjadi kesalahan popular selain membiarkan tikus dan lipas berkeliaran dalam ruang memasak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, premis berkenaan diarah tutup dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan pemiliknya harus menjalankan kerja pembersihan sebelum diperiksa sekali lagi. 

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top