Nuffnang

KEJAM!!! Adik Ipar Tetak Abang Kerana Marahkan Kakak!!



Adik ipar mengamuk menetak abang iparnya hingga parah kerana marahkan kakaknya. Seorang lelaki lingkungan 40-an yang berlumuran darah terpaksa berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya, dalam kejadian di Kampung Permatang Pauh, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa parah selepas ditetak di kepala, badan dan tangan sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) dengan bantuan jirannya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan petang semalam kerana kehilangan banyak darah sebelum menerima lebih 20 jahitan.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan isterinya berpunca daripada masalah rumah tangga sebelum suspek menegur pasangan itu. 

Bagaimanapun, suspek dikatakan gagal mengawal kemarahan selepas melihat kakak kandungnya terus dimarahi oleh abang ipar sebelum masuk ke dalam sebuah bilik di rumah itu dan mengambil parang panjang. Katanya, suspek kemudian menetak mangsa di kepala mangsa, badan dan tangan.

“Mangsa yang parah selepas gagal mengelak menggagahkan diri sebelum berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan. “Mangsa kemudian dikejarkan ke HTAA bagi mendapatkan rawatan selepas kehilangan banyak darah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan suspek berusia 35 tahun bersama sebilah parang panjang yang digunakan ketika menetak mangsa. Katanya, siasatan awal mendapati, suspek sudah dua kali ditahan di Wad Dahlia HTAA Kuantan bagi mendapatkan rawatan mental. 

Yahaya berkata, sehingga kini, mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri. “Suspek ditahan reman di Balai Polis Pekan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” katanya. -Metro
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top