Nuffnang

RAFIZI JAMBU BIKIN PANASSS DI AUSTRALIA!!!



Rafizi mengetuai delegasi pemimpin PKR di Australia bagi lawatan kerja seminggu dipercayai untuk cuba meraih perhatian ahli parlimen Australia terhadap kemungkinan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan dalam penjara kerana sodomi.

Penganalisis politik menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bahawa kerajaan Malaysia menyokong kumpulan Islam berhaluan kanan nyata  mempunyai niat jahat dan mahu menjejaskan nama Malaysia.




Dr Jeneri Amir yakin bahawa Rafizi mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli itu tanpa bukti kukuh atas tuduhannya itu.


"Apa yang dinyatakan Rafizi adalah berniat jahat untuk merosakkan imej atau nama baik kerajaan Malaysia.


"Sesuatu yang tidak patut, apatah lagi memburukkan Malaysia di luar negara.


"Kecuali beliau mempunyai bukti yang kukuh, saya tidak percaya langsung beliau bahawa beliau mempunyai asas untuk mengeluarkan kenyataan begitu," katanya kepada Antarapos.


Semalam Portal berita Australia, AAP dan akhbar Sydney Morning Herald memetik Rafizi menyebarkan tuduhan tidak berasas itu kepada Menteri Luar Australia Julie Bishop.


Rafizi mendakwa kekangan terhadap demokrasi melalui beberapa dakwaan undang-undang hasutan oleh Putrajaya memudahkan kumpulan radikal seperti ISIS untuk berkembang dan menapak di negara ini.


Dalam pada itu, kenyataan Rafizi tambah Jeneri akan membawa implikasi buruk kepada imej negara yang akan dipandang sebagai punca peningkatan pejuang militan di Syria khususnya.


Sebaliknya Malaysia jelas menentang tindakan Islamic States (IS) terutamanya dan telah dinyatakan sendiri oleh pemimpin nombor satu negara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Itu seolah-olah kenyataan yang melulu membawa implikasi serius. Saya tidak fikir kerajaan Malaysia yang berpegang kepada kesederhanaan dalam Islam boleh terjebak dengan usaha atau menyokong usaha sedemikian," ujarnya.


Sebelum ini Najib menegaskan Malaysia bersetuju tindakan ketenteraan perlu diambil terhadap kumpulan ekstremis atau militan Islam tetapi apa yang lebih penting adalah usaha memerangi idea dan ideologi mereka.


Tambahnya apa sahaja yang dilakukan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS), Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) atau Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah bertentangan dengan kefahaman Islam sebenar.
Share this article

2 Komen:

  1. Kerajaan kita ada berani ke...Mana Menteri Dalam Negeri, Mana AG, mana Polis......
    Kalau macam ni lah tindakan kerajaan dengan bersikap diam dan bisu...tunggulah hukuman dari rakyat...

    BalasPadam
  2. Kerajaan lemah tak lama lagi mafia dan gengster bermaharajalela la..
    .....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top