Nuffnang

AWAS!!! Magic Tissue Bahaya Untuk Kesuburan Lelaki!!!


AWAS!!! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak membeli dan mengguna produk Tisu Magik yang dijual di pasaran kerana ia boleh menyebabkan golongan lelaki mandul.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Mazlan Ismail berkata, tisu magik itu telah disahkan mampu membunuh sperma lelaki dan sekaligus menyebabkan lelaki mandul. 

Menurut Mazlan, kandungan kimia aktif dalam tisu itu seperti Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic turut digunakan sebagai ubat bius dalam pembedahan. Jika disapu pada kemaluan lelaki secara kerap, ia boleh memudaratkan.


Bukan itu saja, terdapat pelbagai campuran kimia yang lain termasuklah alkohol yang digunakan yang memberikan rasa kebas kepada penggunanya.

"Sudah kerap amaran diberikan oleh KKM kepada orang ramai akan bahaya bahan kimia perosak dalam tisu magik ini. Berdasarkan laporan perubatan sebelum ini, kimia terkandung di dalam ‘tisu magik’ itu boleh merosakkan tisu urat saraf dan tisu mukosa,” katanya.

Kimia yang terkandung di dalam tisu itu adalah racun yang boleh membunuh sperma di dalam air mani. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top