Nuffnang

TEGANG!!! Kapten Kapal Diugut Perampas #MTOrkimHarmony


The 8 Indonesians found at Tho Chu Island on 19 un at 0630. We are awaiting confirmation from the authority.

KUALA LUMPUR: Kapten kapal MT Orkim Harmony, Nor Fazly Sahat telah diugut kumpulan yang merampas kapal tangki itu bahawa beliau dan keluarganya akan diancam sekiranya mendedahkan rancangan perompak berkenaan untuk melarikan diri. 

Perkara itu dimaklumkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Abdul Aziz berkata, perompak turut mengambil butiran peribadi kapten kapal sebelum melarikan diri. 

"Kelapan-lapan perompak melarikan diri menggunakan bot penyelamat MT Orkim Harmony kira-kira jam 8.30 malam tadi dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Nor Fazly. 



"Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal," katanya dalam kenyataan itu. 

Abdul Aziz berkata, demi keselamatan keluarganya, kapten kapal hanya memaklumkan kepada KD Terengganu pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir lima jam setelah semua perompak melarikan diri.

Dalam satu lagi perkembangan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan lapan orang lanun yang disyaki merampas tangki MT Orkim Harmony berjaya diberkas oleh pihak berkuasa Vietnam di Pulau Tho Chu, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam berhubung kejayaan tersebut.

Katanya, kesemua lanun tersebut kini sedang disoal siasat secara terperinci oleh pihak Vietnam dan pihak Maritim Malaysia masih menunggu laporan daripada kerajaan negara berkenaan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top