Nuffnang

TERKINI : Kenyataan Akhbar TLDM Dan Usaha Mengesan Perampas #MTOrkimHarmony


Sebuah pesawat P-3C Orion, C130 dan pesawat Beechcraft kini sedang menjejaki perampas yang melarikan diri daripada kapal tangki MT Orkim Harmony, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata TLDM turut menghantar tiga kapal dan dua helikopter untuk menyertai operasi pencarian.


Abdul Aziz yang mengemaskinikan operasi berkenaan melalui akaun Twitter beliau berkata lapan perampas melarikan diri daripada kapal tangki berkenaan pada kira-kira 8.30 malam tadi, menggunakan bot penyelamat.
"At 0630 today, Tho Chu Island in Vietnam found 8 Indons on a lifeboat who claimed their fishing boat sank. Investigation ongoing".
Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony telah dibebaskan pada kira-kira 2.30 hari ini.

Kesemua anak kapal selamat kecuali seorang tukang masak warga Indonesia yang cedera akibat ditembak di paha oleh penjenayah berkenaan.

Kapal tangki berkenaan kini meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Kuantan diiringi oleh KD Handalan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi esok.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar.


Kenyataan Akhbar TLDM :


1.MT ORKIM HARMONY bebas dari tawanan perompak setelah 8 perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia. Sebelum kejadian, kapal pengiring KD TERENGGANU telah diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari 5 batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan. Ketua perompak menyatakan rancangan untuk meneruskan pelayaran ke Kepulauan Natuna.

2.​Kesemua 8 perompak telah melarikan diri menggunakan rescue boat MT ORKIM HARMONY kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal, Master Nor Fazly bin Sahat. Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal. Kapten kapal MT ORKIM HARMONY hanya memaklumkan kepada KD TERENGGANU pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya.

3.​MT ORKIM HARMONY kini, diiringi oleh KD HANDALAN dalam pelayaran menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2.00 pagi esok. Kesemua 22 kru kapal iaitu 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dalam keadaan selamat kecuali seorang kru mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun yang lalu. Kru kapal warganegara Indonesia yang cedera ditembak telah diterbangkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menaiki pesawat EC725 dan telah selamat tiba pada jam 10.15 pagi tadi. Kapten Kapal, Master Nor Fazly, ketika dihubungi, berada dalam ketakutan dan turut memaklumkan bahawa kesemua 22 kru kapal berada dalam keadaan sihat dan selamat kecuali seorang daripadanya cedera. Muatan kapal, Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta selamat di dalam kapal tangki tersebut ketika ditemui.


4.​Aset laut dan udara telah diaturgerakkan bagi mencari perompak yang melarikan diri. Pesawat P3C Orion dari Tentera Udara Diraja Australia, 3 helikopter TLDM (Super Lynx dan Fennec), C130-Hercules dan B200T-Beechcraft dari TUDM bersama-sama KD PAHANG, KD TERENGGANU dan KD JEBAT sedang melaksanakan pencarian bot tersebut. TLDM telah meminta kerjasama Tentera Laut Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam misi mencari perompak-perompak. Tentera Laut Indonesia telah bersetuju untuk membantu mencari perompak –perompak tersebut di perairan Kepulauan Natuna. Persetujuan ini telah disuara dan dinyatakan oleh Kepala Staf Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Ade Supandi kepada Panglima Tentera Laut melalui perbualan telefon dan teks pesanan ringkas awal pagi ini.

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar

Panglima Tentera Laut

19 Jun 2015
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top