Nuffnang

TERLEBIH LA PULAK!!! Penyokong TMJ Desak Johor Keluar Malaysia!!!


Ni namanya terlebih sudu dari kuah!!! "Keluarkan Johor dari Malaysia... please.." Begitulah desakan yang dibuat oleh penyokong Tunku Mahkota Johor didalam laman facebook Johor Southern Tigers semalam berikutan komen balas dari TMJ kepada Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, DS Nazri Aziz.

Penyokong Tunku Muda Johor yang menggunakan nama Aida Iskandar Orenjus dilaman sosial berkenaan, telah mengeluarkan komen tersebut dan disokong pula oleh kebanyakan penyokong TMJ yang lain.

Namun terdapat juga sebilangan kecil yang menganggap komen dari surirumah berkenaan amat melampau dan keterlaluan. Walaubagaimanapun, komen yang tak bersetuju dengan Aida itu mendapat kutukan dan kejian dari para penyokong TMJ yang lain.

Desakan dari penyokong Tunku Muda Johor agar Johor dikeluarkan dari Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai menghasut dan boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan 1948. 

Jika sabit kesalahan didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kepada penyokong TMJ berkenaan kerana perbuatannya dilihat sebagai cubaan untuk mewujudkan rasa tidak tenteram dikalangan rakyat dan juga mampu mencetuskan huru hara didalam negara.

Menurut makluman, beberapa laporan Polis akan dibuat berdasarkan komen berkenaan oleh beberapa individu di Johor yang tidak rela kemakmuran negeri mereka digugat oleh individu-individu yang berfikiran radikal seperti yang terbabit. - Utaranews.com

Nota : Semakan pada wall FB beliau nampaknya status tersebut telah dipadamkan. Dan muncul status terbaru berbunyi "To emotional.... Tak tau nak bezakan sembang2 bola..sembang kedai kopi dengan menghasut!"
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top