Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

"BAZAAR LARANGAN" : Menteri Dan EXCO Johor Perjelas Sebab Berlaku


Insiden kekecohan di bazar Ramadhan Bandar Kluang yang tular baru-baru ini adalah kesan dari sejarah lama di mana Pemimpin DAP ketika itu telah meminta bazar ramadhan di Kawasan itu dipindahkan.
Mengulas perkara berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata insiden kekecohan turut berlaku di bazar sama beberapa tahun lalu ketika DAP mahu memberi sumbangan kurma, mereka seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran masyarakat serta peniaga Melayu dan tidak belajar daripada pengalaman lalu. 

Jelasnya pada 2007 Pemimpin DAP meminta Bazar Ramadan Bandar Kluang dipindahkan dari kawasan sedia ada ke kawasan lain, sehingga menimbulkan bantahan dan kemarahan peniaga Melayu. 

Katanya, episod itu masih kekal dalam ingatan masyarakat Melayu Kluang, sehingga beberapa rayuan dibuat kepada Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abd Ghani Othman bagi membatalkan arahan itu. 

Kesan dari peristiwa itulah menjadi punca mengapa kekecohan itu berlaku dan Para penduduk dan peniaga di kawasan itu masih terkesan dengan peristiwa lama itu jelasnya . 

Tambahnya lagi selepas menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. 

Apa motif DAP sebenarnya?. "Sudah pasti kedatangan DAP dan pembangkang ke situ membangkitkan kemarahan masyarakat serta peniaga Melayu yang masih terluka dan terkesan dengan usaha mahu menghalau mereka daripada berniaga di situ. 

"Ini semua adalah perangkap dan mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu. 

"Padahal urus setia bazar juga sudah menasihatkan DAP dan anggota pembangkang supaya mengagihkan sumbangan kurma mereka ke kawasan lain, namun mereka berdegil dan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan. 

"Jadi siapa sebenarnya yang memulakan provokasi?

Md Jais yang juga Setiausaha UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang berkata,adalah tidak adil melabel orang lain sebagai samseng hanya dengan memviralkan video tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi. 

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim pula berkata :

“Peristiwa itu (2007) masih di fikiran mereka. Sebab itu kejadian tempoh hari berlaku di Kluang dan bukan di tempat lain. Kita tidak boleh salahkan sesiapa. Kalau kita provokasi seseorang mesti akan ada tindak balas,” katanya di satu majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Beliau berkata para peniaga masih terkesan dengan keputusan menutup perniagaan mereka.

“Dulu mereka minta peniaga tutup perniagaan dan hari ini mereka lawat kawasan. Itu menyebabkan orang rasa marah.”

Beliau berkata kalau peniaga tidak mengalu-alukan mereka ke situ maka mereka wajar menghormati keputusan peniaga.

“Kamu perlu hormat. Kalau orang tak benarkan tapi kamu ambil keputusan untuk datang juga.”

Razali berkata pasar malam itu dikendalikan Umno Kluang. Tambahan pula, sesetengah peniaga menjual kurma.

“Ia mungkin menjejaskan perniagaan mereka. Kalau kita saling hormat-menghormati tidak akan berlaku masalah.”

Beliau diminta mengulas kejadian Sabtu lepas, apabila Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan pasukan Pakatan Harapan dihalang dari mengedarkan kurma di bazar Ramadan di Kluang.

Dalam rakaman video kejadian, sekumpulan pemuda dilihat terjerit-jerit sambil menghalang pasukan Pakatan Harapan memasuki bahagian bazar itu. Liew dan ketua PPBM Klang Radzali Mohd Noor kemudiannya membuat laporan polis.

Semalam polis menahan 2 lelaki kerana mengganggu keamanan di bazar Ramadan di Kluang. Siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kereana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

Razali turut menyentuh mengenai kejadian kekasaran di hadapan sebuah masjid di Johor Bahru bulan lepas, bagi menekan betapa pentingnya hormati-menghormati dalam bermasyarakat.

Pada Mei sebuah video menjadi tular di media sosial, memaparkan sekumpulan pemuda mengasari seorang pemuda, termasuk memukulnya dengan kon trafik jingga, kerana membunyikan hon keretanya semasa orang sedang solat Jumaat.

“Pada hari Thaipusam saya akan elak pergi ke Batu Caves. Sambutannya setahun sekali tetapi kamu tahu jalan di situ akan jadi sesak.”

“Solat Jumaat pula setiap hari Jumaat. Masalah selesai kalau kita saling menghormati. Kalau kamu provokasi seseorang, mereka akan balas dan akan timbul masalah.”

“Pergaduhan mudah berlaku di Malaysia. Ada kaum dan agama berbeza,” katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. Buat saudara punya permasalahan ekonomi: hub aki santoro,karna saya sudah membuktikan bantuan aki santoro yang berminat,hub aki santoro di nomor 0823 1294 9955, atau KLIK DI SINI

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top