Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HINA POLIS : Penjawat Awam Ditahan Akibat Posting Di FB!!!


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak posting buruk padahnya. Seorang petugas di Jabatan Perhutanan Terengganu ditahan ekoran memuat naik status menghina anggota polis ekoran tidak berpuas hati kerana menyamannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata, lelaki berusia 26 tahun itu memuat naik status tersebut Jumaat lalu ekoran disaman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

“Kira-kira pukul 9.19 malam kita menerima ‘snapshot’ facebook yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp yang memaki hamun pihak polis dengan kata-kata kesat selepas mengeluarkan saman kepadanya.

“Dia ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah malam semalam (17 Jun) di tepi jalan Taman Shahbandar, di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Suffian berkata, sekiranya terdapat pegawai atau anggota polis dipercayai terlibat salah laku atau rasuah, orang ramai boleh membuat laporan menerusi saluran yang betul dan bukan di laman sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Ia berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top