Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMEK KAU : Video Guan Eng Dimalukan Depan Khalayak Ramai


Padan muka beb. Kaw-kaw punya malu. Tapi makhluk seperti Guan Eng ni tahukah apa ertinya MALU? Semuanya terakam semasa perayaan Hari Terbuka di Meng Eng Soo Temple, Pulau Pinang yang dianjur oleh Majlis Klan Cina.

Sebelum ini pun, kerajaan DAP negeri dilaporkan telah buat onar kerana telah gagal membayar RM70,000 kepada Majlis Klan Cina selepas penganjuran bersama sambutan Tahun Baru Cina awal tahun 2016.

Paling jelas ialah Lim Guan Eng DAP dimalukan di depan khalayak ramai apabila beliau diperli oleh seorang pemimpin NGO negeri semasa beliau sedang berucap.

Dilaporkan bahawa Guan Eng memberitahu orang ramai kononnya pentadbiran kerajaan DAP negeri telus dalam mengumpul dana yang tinggi dalam rizab kewangan negeri.

Ketika itu, pemimpin NGO bersuara menyindir Guan Eng. Beliau berkata jika benar memiliki 'rizab yang banyak', kenapa kerajaan DAP negeri masih perlu meminjam wang daripada China?

Lihat video di bawah :



Malah dalam ucapan Pengerusi Majlis Klan Cina Pulau Pinang, Zhang Wei Lu telah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam beberapa isu terutamanya isu penganjuran Perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau secara terbuka mendedahkan kelemahan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan telah menimbulkan rasa marah dalam hati Guan Eng.

Yang pasti memedihkan hati Guan Eng ialah media telah membandingkan karakter dan ucapan beliau yang 'bernada sombong, angkuh dan mengugut' dengan Dr Koh Tsu Khoon yang penuh dengan rasa rendah diri.

Mantan ketua menteri dan ketua menteri berbeza ibarat malam dan siang dan ia dapat dilihat dalam ucapan masing-masing. Ucapan Tsu Khoon juga telah mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat Pulau Pinang yang hadir.

Tsu Khoon pula sebenarnya hanya bersetuju untuk menghadiri majlis tersebut selepas Zhang, Pengerusi Majlis memberitahunya yang Lim Guan Eng tidak akan dapat hadir. Tsu Khoon bukan jenis konfrontasi dan dia tidak berminat untuk menjadi konflik.

Tetapi menurut Zhang, sehari sebelum kejadian itu, beliau dimaklumkan bahawa Guan Eng akan hadir. Maka berlakulah situasi yang janggal apabila Zhang terpaksa duduk di antara Guan Eng dan Tsu Khoon.

Konfrontasi bersambung apabila Pengerusi Majlis Klan telah memuji Tsu Khoon di atas sumbangannya kepada negeri itu dan mengucapkan terima kasih kepadanya dan bekas kerajaan negeri di bawah BN untuk meletakkan asas status Warisan Bandar George Town.

Bukan itu sahaja, Koh Tsu Khoon merupakan jurucakap yang terakhir bukannya Lim Guan Eng DAP!

Persoalannya sekarang, apakah konfrontasi di antara Lim Guan Eng DAP dengan NGO Cina ini dapat diterjemahkan kepada undi pada PRU14 nanti?

Malah sebelum ini pun telah berlaku ketegangan di antara pihak-pihak yang mewakili rakyat dengan Guan Eng dan kerajaan DAP negeri.

Di antara contohnya ialah kenyataan terbuka NGO HAKAM yang mengkritik dan memalukan Lim Guan Eng DAP secara terbuka. NGO Ambiga Sreenevasan ini telah menulis dan mendedahkan pembohongan 'tokong' DAP.


Tambahan pula, kroni tegar Kit Siang ini juga sedang berdepan dengan 2 kes mahkamah yang amat memalukan seluruh parti DAP.

Beliau didakwa menerima suapan untuk dirinya dan isterinya, Betty Chew dengan meluluskan pertukaran 2 lot tanah pertanian milik Magnificent Emblem untuk pembangunan perumahan ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai 2014.

Guan Eng DAP juga didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya sebuah lot tanah dan banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, harga yang lebih rendah daripada nilai pasaran RM4.27 juta.

Jika merujuk kepada laporan-laporan tentang isu ini :

1. Guan Eng dan DAP bakal berdepan dengan pengundi-pengundi kaum Cina yang tidak akan mengundi mereka lagi di Pulau Pinang.
2. Jika tidak pun, pengundi-pengundi Cina akan lebih selektif untuk tidak memenangkan Guan Eng di DUN yang beliau bakal tandingi tetapi mereka tetap mengundi calon-calon DAP yang berasal daripada Pulau Pinang.

Apakah PRU14 ini akan menjadi medan terakhir untuk Guan Eng kerana ditolak pengundi-pengundi Pulau Pinang?

Kita tunggu dan lihat. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top