Nuffnang

PANASSS!!! : Kenyataan Pedas Tun M Buat KJ


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin takut dengan “orang tua”, kata Mahathir dalam menepis dakwaan menteri itu kononnya beliau memecah-belahkan rakyat.

Pengerusi PPBM itu berkata Khairy menyeru beliau, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara dari politik kerana menteri itu “ketakutan”.

“Itu pendapat dia. Pasal dia takut dengan orang tua. Apa dia takut?

“Kalau takut – budak mcm itu, masih remaja, kuat – tapi takut dengan orang tua toksah main politiklah.

“Dia takut, jadi kita kesian,” kata Dr Mahathir selepas menghadapi rumah terbuka Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau akan kekal dalam politik, Dr Mahathir membalas mengapa dirinya perlu ikut permintaan Khairy.

Beliau juga menepis dakwaan Khairy kononnya dirinya, Lim dan Anwar memecah-belahkan rakyat.

“Saya tak tahu. Tapi ke mana saya pergi, ramai orang yang datang. Rasanya saya menyatukan orang,” kata bekas perdana menteri itu.

Pada Ahad, Khairy berkata 3 pemimpin pembangkang itu wajar bersara dari politik kerana mereka terus memecah-belahkan rakyat jika mereka terus kekal.

Khairy berkata Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya bekas pemimpin Umno, dilihat cuma memecah-belahkan orang Melayu demi kepentingan peribadi, sementara Lim membawa kepada perpecahan antara Melayu dan Cina.

Beliau berkata ketiga-tiga pemimpin itu wajar memberi peluang kepada generasi muda mengambil alih parti masing-masing.

“Berilah peluang untuk kita bertanding dalam keadaan aman dan bersaing dalam keadaan sihat,” katanya. (SUMBER)

Sebagai seorang "negarawan" yang cukup berpengalaman, Tun sepatutnya tidak melenting apabila "disentuh" oleh pihak lain.

Tun juga tidak harus menggunakan teori-teori yang tidak pasti kesahihannya untuk menyerang musuh-musuh politiknya.

Yang paling kelakar, Tun sekarang ini ibarat "menjilat ludahnya sendiri" apabila sanggup mempertahan dan bersatu dengan seteru politiknya selama ini, Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang bagi mencapai hasrat dan matlamat dirinya yang umum mengetahui demi kelangsungan politik anaknya Mukhriz.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top