Nuffnang

MEMALI : Hj Hadi Ucap Terima Kasih Kepada Penyoal Tun Mahathir!!!


“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali,” kata presiden PAS dalam reaksi pertamanya mengenai kekecohan di forum anjuran Pemuda PPBM baru-baru ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini merakamkan penghargaan kepada pihak yang bertanyakan soalan berkaitan peristiwa berdarah Kampung Memali ketika forum “Nothing to Hide” Ahad lalu, sambil berkata PAS kini menolak sikap mengkafirkan orang lain sehingga dapat bekerjsama dengan Umno.

Ahad lalu, Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam bertukar menjadi huru hara selepas suar dan objek lain dilontarkan ke arah pentas. Polis mereman 3 remaja yang disyaki memulakan serangan itu.

Forum itu memberi peluang kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan daripada hadirin.

Sejurus sebelum serangan suar ke arah pentas, Dr Mahathir baru selesai menjawab soalan berkenaan insiden Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan 4 anggota polis baru.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985. Dalam kejadian itu, pertempuran tercetus apabila penduduk kampung mempertahankan guru agama, Ibrahim Mahmud, daripada ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika itu. Antara tuduhan kerajaan ialah Ibrahim, yang kerap tampil dalam program agama anjuran kerajaan ketika itu, menyebarkan ajaran sesat, dakwaan yang ditolak penduduk kampung.

Hadi berkata PAS merupakan mangsa dalam peristiwa Memali, sebuah kampung terletak di Baling, Kedah.

“Ketika peristiwa itu masih panas darah yang mengalir, para ulama PAS mengisytiharkan syahidnya mereka yang menjadi mangsa kerana dibunuh dengan zalim dan mereka mempertahankan Islam yang ditegakkan,” kata Hadi.

Bagaimanapun, Hadi berkata sejarah hitam Memali itu tidak guna diungkit sekiranya mereka yang bersalah tidak meminta maaf.

“Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah, dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti,” katanya.

Hadi pada masa sama mengakui sikap segelintir umat Islam ketika itu yang suka mengkafirkan umat Islam lain, tetapi menambah ia berjaya diatasi PAS.

Hadi, yang pernah dituduh mengkafirkan Umno melalui ucapan yang diberi nama “Amanat Hadi”, bagaimanapun mendakwa mereka “yang paling kuat mengkafirkan Umno” akhirnya “masuk Umno atau diam sahaja”.

Katanya, hasil daripada kejayaan PAS membendung kafir-mengkafir ialah kerjasama parti itu dengan Umno “dalam perkara Islam”.

“Malangnya ada pihak yang marahkan pendekatan ini,” kata Hadi, dipercayai merujuk kelompok dalam PAS yang menubuhkan Amanah 2 tahun lalu.

“PAS mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu,” kata Hadi.

Hadi berkata PAS bertegas mereka yang terkorban di Memali adalah syahid, dan menganggap anggota pihak keselamatan “dipaksa” menyerang penduduk kampung.

“Kita mengharapkan yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam,” katanya.

Share this article

1 Komen:

  1. Nak jugak tanya..Amanat Haji Hadi apa cerita ye? Terima kasih pada saya sebab tanya soalan...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top