Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS : Pemimpin DAP Pulau Pinang Ditahan SPRM!!!


Wow.... panassss... panas... di Pulau Pinang. Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau yang juga Adun Sungai Puyu ditahan ketika sedang memberi keterangan berhubung isu sebuah kilang haram memproses abu kayu ri Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh yang diserbu semalam.

Peguamnya, RSN Rayer ketika ditemui di luar Kompleks SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah tadi berkata, selepas pegawai SPRM merampas beberapa dokumen di pejabat Boon Poh di Komtar pagi tadi, anak guamnya diarahkan hadir ke Pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

"Ketika diambil keterangan, SPRM Pulau Pinang menerima arahan dari Putrajaya agar menahan Boon Poh untuk siasatan lanjut. Beliau akan direman dimahkamah esok kira-kira jam 9 pagi.

"Saya ada memohon agar beliau dilepaskan (untuk hari ini), namun SPRM masih mempertimbangkan hal itu," katanya.

Pagi tadi, sepasukan pegawai SPRM menyerbu pejabat Boon Poh di tingkat 54, Komtar kira-kira jam 11.30 pagi.

Lima pegawai SPRM yang berpakaian formal dilihat meninggalkan Komtar kira-kira 12.55 tengahari dengan membawa dua buah beg dipercayai dokumen berkaitan kilang haram tersebut.

Dipercayai, serbuan dan penahanan Boon Poh itu ada hubung kait dengan serbuan SPRM di sebuah kilang haram memproses abu kayu yang dipercayai telah beroperasi lebih 10 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh kelmarin.

Operasi yang diadakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada aktiviti membakar abu kayu di kilang itu.

Kilang haram itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian.

Share this article

1 Komen:

  1. Syabash SPRM. Siapa buat salah tanggung sendiri.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top