Nuffnang

CACAMARBA : Hishamuddin Rais Mula Bantai Anwar Ibrahim!!!


Portal pro DAP, The Malaysian Insight (TMI) mula memainkan peranan bagi mengenepikan peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyiarkan kenyataan seorang aktivis, Hishamuddin Rais yang sebelum ini penyokong kuat gerakan reformasi dan anti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hishamuddin dalam kenyataannya kepada TMI memperlekeh pengurusan kepimpinan Ketua Umum PKR itu hingga menyebabkan parti itu berpecah teruk hari ini sehingga turut menjejaskan Pakatan Harapan (PH).

“Pada hemat saya perbezaan pendapat ini berpunca dari cara dan pendekatan atau method Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengendali dan mengurus pimpinan,” katanya dalam satu kenyataan kepada portal pro DAP, TMI.

“Contohnya: Dalam satu perkara yang sama Anwar memberi pandangan, memberi arahan yang berbeza-beza dari satu sosok kepada yang lain.

“Misalnya kepada Si Polan A Anwar telah memberi pandangan lain dari yang diberi kepada Si Polan B. Dan agak berbeza juga dari yang diterima oleh Si Polan C.”

Cara atau method dan pendekatan memimpin seperti ini tidak baik. Ianya tidak melahirkan keputusan yang kompak dan tuntas. Hasilnya ialah cerai-berai.

Wajib disedari memenjarakan Anwar bertujuan menafikan PKR pimpinan dan buah fikir Anwar. Penjara telah memisahkan Anwar dari nadi fikrah rakyat yang sentiasa berubah dan bergerak setiap detik.

Penjara telah memustahilkan Anwar dari dapat membuat keputusan dan mengeluarkan pandangan tentang politik harian yang betul dan tepat.

Dalam penjara, Anwar tidak menerima semua pandangan dengan jelas. Dalam penjara maklumat sampai terputus-putus. Pengalaman dalam penjara membuktikan bahawa maklumat yang sampai bukan saja tidak tuntas malah ada kemungkinan dimasuki oleh "aji-no-moto".

Dalam penjara kita memiliki masa yang banyak. Justeru kita boleh membaca. Kita boleh menulis. Malah berangan-angan dan berkhayal dalam penjara bukan satu jenayah. Mengelamun dan bernostalgia juga boleh dilakukan tanpa gangguan dalam penjara.

Pada hemat saya apa yang wajib dilakukan oleh Anwar ialah menulis, berfikir, menulis dan berfikir.

Menulis dan berfikir tentang padangan dan teori dan falsafah politik yang wajib diajukan oleh dirinya kepada rakyat Malaysia.

Antonio Gramci seorang ahli Parlimen Parti Komunis Italy mengeluarkan Prison Notebooks - hasil dari penjara. Menjadi rujukan ilmu hinnga ke hari ini.

Tan Melaka dari Parti Komunis Indonesia melahirkan Madilog dan buku Dari Penjara Ke Penjara - hasil dari penjara. Menjadi rujukan ilmu hingga ke hari ini.

Nelson Mandela pula melahirkan Long Walk To Freedom - hasil dari penjara. Menjadi bacaan wajib untuk aktivis politik hingga ke hari ini.

Patriot dari Korea Selatan, Kim Chi Ha terus menulis puisi dari dalam penjara selepas 27 tahun dipenjara. Menjadi rujukan seni hingga ke hari ini.

Anwar wajib sedar tentang Julai, 2018. Pada hari itu, Anwar wajib telah bersedia dengan magnum opus dari dirinya untuk dihadiahkan kepada rakyat Malaysia pada Julai 2018.

Magnum opus Anwar ditunggu oleh rakyat. Rakyat tidak mahu lagi mendengar kisah dirinya disepak atau dirinya dihina.

Zaman kisah itu telah tamat.

Hishamuddin sebelum ini pernah dipersoalkan aktivis reformasi yang menbidasnya kerana sepanjang hayatnya membenci Dr Mahathir namun mula cenderung kepada bekas perdana menteri itu dan melupakan segala tuduhannya terhadap Dr Mahathir yang kini menerajui Pakatan Harapan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top