Nuffnang

KONFLIK : Siapa Yang Paling "Berkuasa" Dalam Pakatun Harapan


Pening.. Pening..... Semuanya nak berkuasa. Pertandingan siapa lagi hebat dan berkuasa di antara 2 pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) kini telah menampakkan kelibatnya apabila 2 pemimpin ini iaitu Anwar Ibrahim, Ketua Umum PH dan Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH saling memberi arahan yang berbeza. Jelas sekali kedua-dua pemimpin ini mempunyai pendirian yang berbeza dari segi strategi politik dan ideologi.

Baru-baru ini Anwar dalam suratnya mengakui bahawa beliau telah mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak memutuskan hubungan dengan PAS selagi parti Islam itu bersedia untuk meneruskan perbincangan. Arahan ini yang ditujukan khas pada parti PKR jelas menunjukkan bahawa Anwar mahu meneruskan rundingan bersama PAS walaupun dia tahu bahawa PH telah memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan PAS.

Adalah dilaporkan bahawa surat itu dikeluarkan susulan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada awal bulan lepas bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan PAS termasuk membabitkan PRU14 . Tetapi bagi Pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir, dia mahu hubungan politik ditamatkan terus dan tidak perlu ada rundingan dengan PAS lagi memandangkan rundingan ini hanya akan merencatkan kekuatan Pakatan Harapan.

Dari pandangan kasar penulis, tidak dapat dinafikan bahawa Anwar Ibrahim cuba menggunakan pengaruhnya sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan untuk menafikan tindakan Dr Mahathir kerana baginya pengaruh PAS masih lagi diperlukan. Namun yang demikian, tindakan Anwar Ibrahim ini sebaliknya membawa bencana kepada PH kerana telah menyebabkan keadaan politik PH menjadi kucar kacir dan tidak stabil.

Pendek kata, masalah yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim telah menyusahkan Dr Mahathir kerana imejnya sebagai pengerusi tercalar akibat tindakan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, dia tetap mampu memberi impak kepada pentadbiran PH dan parti PKR. Kini Dr Mahathir terpaksa menyelesaikan dan menamatkan isu ini dengan segera kerana tindakan Anwar dan PKR telah memudaratkan PH secara total.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top