Nuffnang

KR1M 2.0 : Ini Kata Menteri KPDNKK


Pelbagai komen dan pandangan yang kita dengar ketika ini berkaitan status Kedai Rakyat 1 Malaysia. Ada yang kata ia bakal dan telah ditutup disebabkan kerugian yang dialami oleh pengendali kedai serbaguna tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah sebahagian daripada penambahbaikan seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Julai lepas.

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambah baik kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.

“Penambahbaikan ini bukan sahaja menawarkan harga barangan keperluan lebih murah, tetapi juga memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pelanggan serta menggalakkan keusahawanan dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, penambahbaikan itu juga akan menggalakkan kerjasama lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

Katanya, butiran lanjut mengenai penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menambah baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam.

Melihat kepada perkembangan ini, ia sebenarnya memberikan satu nafas dan peluang kepada pengendali-pengendali kedai runcit atau kedai serbaguna di peringkat daerah untuk menjana pendapatan tambahan di samping memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Andainya sebelum ini ia lebih bersifat monopoli oleh syarikat-syarikat tertentu, namun dengan mekanisme yang bakal dijalankan ini ia pastinya merancakkan industri peruncitan di peringkat kampung atau desa. Semoga perancangan dan hasrat yang direncanakan ini dapat direalisasikan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top