Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PAKATAN HARU : Azmin Hilang Kuasa, Sengaja Lagakan PAS Dengan Amanah!!!


Haru biru Pakatan ni. Hang kata aku, aku kata hang. Yang bossnya kata ikut suka depa. kah...kahh..kah.... PAS hari ini membidas Amanah “kemaruk kuasa”, selepas parti serpihan PAS itu menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menimbang semula kedudukannya dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi turut mempersoalkan usul Amanah Selangor itu ketika tiada masalah dalam pentandbiran negeri.

“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,”

Konvensyen Amanah Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin menimbang semula kedudukan PAS di negeri itu.

Usul itu dicadangkan oleh Ketua Amanah Ampang, Mohd Anuar Mohd Yusof dan diterima perwakilan tanpa bantahan.

Hari ini, Azmin berkata pihaknya menyerahkan kepada pemimpin pusat Amanah menangani gesaan itu.

Anuar berkata penglibatan PAS, yang bukan dalam Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM, boleh membantutkan usaha gabugan itu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sallehen menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata ia kerana kebimbangan terhadap pertandingan 3 penjuru.

“PKR pun tahu… kalau dia masuk bertanding di Selangor menjadikan 3 penjuru, memang tak akan menang, Amanah pun tak akan memang, dia pun tahu. Bukan sebab PAS,” katanya.

Beliau berkata PAS tidak akan berjumpa dengan Azmin bagi membincangkan usul Amanah itu.

“Kita pun tak nak ganggu menteri besar untuk urus kerajaan negeri dengan karenah politik macam itu.

“Kita nak supaya menteri besar selesa mentadbir kerajaan negeri seperti sekarang ini, kerana yang ada sekarang ini adalah mandat PRU13,” katanya.

Amanah ditubuhkan pada akhir 2015, oleh sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti.

“Amanah tak perlulah nak sibuk untuk menentukan urus tadbir kerajaan negeri ini. Kalau dia nak, tunggulah pilihan raya akan datang ini,” kata Sallehan. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Sports

Gallery

Networkedblog

MENARIK

Social Share

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top