Nuffnang

VIDEO : PANASSS....Bank Negara Dijadikan Seperti Kasino - Bekas Penasihat BNM


"Mahathir, perdana menteri yang mendapatkan pengalaman ilmu kewangan daripada kedai runcit di Pekan Rabu di kampungnya di Alor Setar, menjadikan BNM sebagai sebuah kasino dan kalah dalam perjudian pada abad ini.

"Ianya merupakan tindakan jenayah, dan telah menghancurkan reputasi BNM dan kedudukan dalam kalangan bank pusat dunia dan komuniti kewangan yang berintegriti, profesional dan kebergantungan," - bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Malaysia tidak perlu campurtangan dalam spekulasi mata wang era 1990-an ekoran ringgit disokong oleh kedudukan rizab Bank Negara yang kukuh.

Bercakap melalui pengalamannya berkhidmat di bank pusat itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab kerana menjadikan Bank Negara sebagai sebuah kasino dengan memperjudikan wang negara bermain spekulasi mata wang asing.

Tambahnya, BNM sebagai bank pusat negara sepatutnya melindungi mata wang dan rizab negara daripada diperjudikan.

"Tetapi jika anda ingat kembali pada waktu kejadian, kita mempunyai nilai rizab yang kukuh. Jadi tidak perlu untuk berdagang (mata wang) di pasaran bagi mencampur tangan (memanipulasi mata wang).

"Ini dilakukan sebagai sebahagian pelan untuk memperjudikan rizab negara. Untuk apa? Saya tidak tahu. Saya harap Suruhanhaya Siasatan Diraja (RCI) boleh menyelesaikan misteri ini," ujarnya.

RCI menyiasat kerugian mata wang forex dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan kini memasuki minggu kedua dan saksi penting, bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta bekas pegawai BNM menguruskan dagangan berkenaan, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop.

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menerusi keterangannya kepada panel RCI mengakui bahawa kerugian dialami BNM akibat dagangan berkenaan antara 1988 hingga 1994 berjumlah RM32.074 bilion.

Kata Tunku Aziz, isu yang timbul kini bukan sahaja berkisar mengenai jumlah kerugian dialami BNM, ekoran Zeti dan ramai lagi pegawai berkaitan sudah mendedahkan jumlah berkenaan, tetapi dalang kepada kejadian berkenaan.

"Isunya adalah siapa yang memberikan kuasa penuh kepada ketua jabatan memperjudikan wang negara. Perkara seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah, bukan sahaja di BNM tetapi di institusi kerjaan lain.

"Tangan tersembunyi tersebut selama ini milik Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu dan prosiding RCI setiap hari telah mula menunjukkan buktinya," jelasnya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top