Nuffnang

WARKAH ANWAR : Garangnya Azmin Ali Dengan Tun Mahathir!!! (VIDEO)


Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyedari bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk di dalam penjara tetap mempunyai hak bersuara mengemukakan pandangan terhadap PH.

Peringatan itu disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan kenyataan Pengerusi PH itu yang mendakwa ‘Warkah Anwar’ sebagai kacau daun dan menimbukan masalah kepada gabungan parti dalam PH.

“Saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir (Mohamad), Anwar Ibrahim adalah ketua umum kepada Pakatan Harapan.

“Beliau bukan sekadar ketua umum PH tetapi juga ketua umun PKR.” kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor pada media selepas melancarkan Selangor International Business Summit di Setia Alam, Khamis.

“Sebagai ketua umum (PH) beliau (Anwar) juga berhak beri cadangan,” kata Azmin lagi

Difahamkan, Anwar menerusi warkah yang ditulis dari tembok besi penjara mengemukakan cadangan supaya PH memberi lampu hijau kepada PKR untuk terus menjalinkan kerjasama politik dengan PAS.

Bagaimanapun, Dr Mahathir selaku Pengerusi PH mengulangi pendirian PH untuk tetap tidak akan mengadakan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PAS pada PRU ke-14 nanti.


Jelas Azmin semua barisan pimpinan Pakatan Harapan sepatutnya menyelesaikan semua isu secara dalaman dan bukannya membuat kenyataan secara terbuka terutamanya kepada media.

Bagaimanapun, Azmin tidak menafikan wujudnya perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan.

"Perbezaan memang ada. Saya selalu sebut, Obama (bekas presiden Amerika Syarikat) selalu sebut democracy is noisy process, bising. Media kacau, media putar belit, media spin. Ini sebahagian daripada proses demokrasi dan saya perlu menerimanya. Soalnya bagaimana kita perlu mengurusnya. Sebagai pemimpin kita kena uruskan dengan baik dan bertanggungjawab .Buat (selesaikan) secara dalaman,"
Share this article

1 Komen:

  1. Fullamak.. azmin quote obama..
    Dapat ilmu dr penjara ka?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top